Sebelum ini, Lisa Surihani dan Yusry pernah berlakon bersama dalam sebuah filem berjudul Ular, arahan Jason Chong. Sungguhpun pada awalnya Lisa mengakui agak kekok untuknya berlakon dengan lelaki yang juga merupakan suaminya itu, namun kesulitan itu dapat diatasi selepas dua hari menjalani penggambaran filem terbitan KRU Studios itu.
Perkembangan terbaru, Lisa memberitahu dia sekali lagi bakal bekerjasama dengan suaminya dalam satu projek filem. Namun bezanya kali ini, Lisa sebagai pelakon dan Yusri adalah pengarahnya. Difahamkan kalau tiada aral, filem tersebut bakal memulakan penggambaran dalam tahun ini.
"Sebelum ni, saya dan Yusry dah pernah berlakon bersama dalam Ular, kira-kira sebulan sebelum kami bernikah. Mula-mula tu rasa kekok tapi masuk dua hari semuanya okay. Jadi peringkat itu (berlakon bersama) kita berdua dah lepas. Sebelum saya pernah bertindak sebagai pembantu peribadi semasa dia mengarahkan Vikingdom. Saya jaga kebajikaan dan juga makan minum dia dan sebagainya sepanjang di set.
"Untuk projek akan datang ada perancangan untuk satu filem. Kali ni di mana dia sebagai pengarah dan saya sebagai pelakon. Menurut Lisa, walaupun teruja dan tidak sabar mahu memulakan penggambaran, pun begitu dia sebetulnya masih lagi tidak pasti sama ada dia boleh bekerja dibawah arahan suaminya itu atau tidak.
Bukan tidak boleh bersikap profesional cuma timbul sikit rasa bimbang kerana sepanjang mengenali Yusry, jelas Lisa, suaminya itu seorang yang tegas sewaktu bekerja sedangkan dirinya seorang yang manja...
klik untuk lagi banyak foto eksklusif PASANGAN BAHAGIA INI

No comments:
Post a Comment